Execution by Hunger
Aku beli buku ni dr amazon.co.uk. semasa browsing 'holocaust'. Tergerak nak baca buku ni psal aku nak paham dasar Stalin yg telah membunuh begitu ramai non-Russian melalui polisi beliau yg kejam. Buku ini berjudul Execution by Hunger: The Hidden Holocaust by Miron Dolot. Ia berdsrkan kisah sebenar yg dialami oleh author sendiri ketika pelaksanaan Collectivization Policy di seluruh Soviet Union termasuk di Ukrain. Umumnya, dasar pertanian ini merupakan polisi 'rela dlm paksa' di mana semua petani dikehendaki menyertainya. Pelbagai btk penderaan fizikal & mental dikenakan ke atas petani yg enggan, malah turut yg telah menyertainya, bg memastikan penduduk di kws jajahan Soviet kelaparan & mati begitu shj. Kisah bertahun-tahun penulis, keluarganya serta penduduk di kg beliau & kg sekitar diperkisahkan dlm buku ini. Penuh tragis membaca penderaan & kematian yg berlaku terutama ketika di musim sejuk. catuan makanan menyebabkan manusia hilang pertimbangan-malah dikisahkan betapa bumi Ukrain hancur, bukan setakat manusia mati krn kelaparan ttp juga kemusnahan segala mcm jenis flora & fauna turut terapus krn menjadi habuan manusia yg kelaparan. Tragis bila dikisahkan betapa jiran beliau terpaksa membunuh kanak-kanak sbg bahan makanan. Penulis & keluarganya sendiri turut sengsara. Akhirnya penulis berjaya menyelamatkan diri dr. kesengsaraan ini ttp keluarganya tdk diketahui nasib mrk. Apa yg dirumuskan oleh bnyk pengkaji sejarah ialah dasar Stalin ini bertujuan menyekat gerakan kemerdekaan dr seluruh koloni Soviet scr halus-& nampaknya dasar ini berjaya membunuh jutaan manusia bukan sekadar di Ukrain ttp juga di koloni lain spt Kazakhstan & Uzbekistan.
2 comments:
Cite lama ko nak amik tau jugak ke. Dah telan di makan zaman la.
Sejarah mengajar kita utk membaiki kesilapan masa lampau supaya kehidupan masa depan lebih baik dan tidak terulang kesalahan masa lalu
Post a Comment