Grave of the Fireflies
Aku baru abis tengok movie anime Grave of the Fireflies untuk kali yg ke berapa ntah. Aku mmg suka cita ni. Ni cite Jepun. Umumnya cite ni cite sedih berlatarbelakangkan suasana semasa Perang Dunia Ke-2 di Jepun , atau lebih tepat lagi ialah semasa Jepun sendiri diserang di negara mrk sendiri. Kisah dua beradik yg merempat setelah kehilangan keluarga akibat perang. Si abang yg begitu sayangkan adiknya sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan kelangsungan hidup adiknya. Kematian ibu dlm peperangan ini & ketiadaan berita mengenai bapa mrk menyebabkan kedua-duanya terpaksa menumpang di rumah ibu saudara mrk namun kehadiran mrk berdua tdk disenangi oleh ibu saudara mrk krn mengaggap mrk berdua sbg bebanan dlm kead. perang yg serba kekurangan terutama makanan. Kedua beradik akhirnya membuat keputusan utl hidup berdikari & 'membina' hidup tanpa sebrg kelengkapan di bwh terowong di tebing sg. Kehadiran kelip-kelip dpt menggembirakan si adik. Si abg pula demi menyara hidup mrk terpaksa mencuri. Namun adiknya yg mengalami penyakit kulit yg semakin serius pergi tanpa sempat si abg di sisinya krn keluar mencari makanan. Kead ini sgt mengharu & mengecewakan si abg sehingga hidupnya semakin tdk terurus. Si abang berterusan merempat setelah itu & 'pergi' dlm keadaan yg sgt menghibakan. Bagaikan kelip-kelip, kehadirannya memberikan cahaya buat sementara waktu namun hidup hayat kelip-kelip tdk lah lama. Begitulah kisah mrk dua beradik yg hidup merempat akibat peperangan. Aku bagi 10 points bg cerita ni. Aku pasti bila ada masa lagi aku akan kembali menonton movie ni. Memang aku pasti.
imdb=8.1(1
9Feb2007)
No comments:
Post a Comment