17 Feb 2007

The Edukators

Filem dr German ni mmg menarik. Tajuk The Edukators (Die Fetten Jahre sind vorbei) arahan Hans Weingartner (2004) ini mengisahkan 2 sahabat, Jan & Peter, sbg revolusionist, terlibat dlm aktiviti waktu malam yg pelik. Mrk akan mengunjungi rumah-rumah mewah yg ditinggalkan oleh pemilik yg pergi bercuti, lalu mengubah-suai kedudukan (rearrange) segala mcm peralatan yg ada dlm rumah tersebut sebagai bantahan terhdp apa yg mrk anggap penindasan & ketidakambilpedulian org-org kaya terhdp org-org miskin. Jule, pasangan Peter, scr tdk langsung terlibat dlm 'aktiviti' ini ketika Peter bercuti ke Spain di mana Jule telah mengikuti Jan & meminta Jan melakukan 'aktiviti' tersbt di rumah musuhnya, iaitu Hardenberg, di mana Jule telah diarahkan oleh mahkamah spy membayar kpd Hardenberg sebnyk 100,000 euros akibat kesilapan Jule melanggar kereta Mercedex Benz Hardenberg-ttp untuk melunaskan bayaran tersebut adalah sesuatu yg mustahil bg Jule. Ketika bersama Jan melakukan 'aktiviti mlm' di rumah Handenberg, scr tiba-tiba Handenberg pulang & mrk terperangkap. Oleh krn mrk bukan pembunuh ttp pada masa yg sama tdk mahu ditangkap, mrk terpaksa menculik Handenberg & terpaksa memaklumkan kejadian ini kpd Peter. Peter yg sama sekali tdk menyangka kejadian ini boleh berlaku sgt memarahi Jan krn melibatkan Jule dlm 'aktiviti' mrk. Mrk bertiga terpaksa melarikan diri ke suatu tmpt yg jauh dr Berlin bg memastikan keselamatan mrk-bersama dgn Handenberg sbg mangsa penculikan. Mrk telah melarikan diri ke sebuah kws tanah tinggi di mana Jule menggunakan rumah rehat pakciknya sbg tmpt perlindungan. Di sini, setiap watak dikembangkan dgn lebih terperinci sbg 'edukators' melalui konflik yg wujud antara Handenberg sbg mangsa penculikan dgn Peter, hubungan rahsia antara Jan dgn Jule, hubungan sahabat antara Peter dgn Jan, & hubungan Peter dgn Jule. Perkisahan scr 'edukators' ketika mrk bersama di tmpt perlindungan ini sgt menarik-suatu pengajaran yg sgt membina minda dicetuskan oleh pengarahan Hans Weingartner. Bagaimana mrk semua mengatasi konflik yg timbul?, & apa yg paling penting bagaimanakah kesudahan cerita ini?... Aku yg telah menonton cerita ini beberapa kali mmg sgt memuji akan kemampuan pengarahan yg berjaya menghasilkan konflik yg bersifat 'membina minda' & suatu konflik yg bersifat 'murni & baik' yg jarang aku temui dlm filem-filem yg bersifat penculikan. Mmg best. imdb=7.7(19Feb2007) Aku titipkan trailer clip & sedutan dr cerita ni bersama... http://www.diefettenjahre.de/index_flash.html






No comments: