Sekali lg aku nonton Brotherhood (Taegukgi). Ntah la nape aku suka sgt ngan cite ni. Sgt terharu. Ni cite Korea berkisar semasa Perang Korea antara pihak Korea Utara & Korea Selatan. Kisah bermula dgn kebahagiaan sebuah keluarga & hubungan abg-adik yg sgt intim. Si abg (Lee Jin-tae) berusaha kuat untuk memastikan adiknya (Lee Jin-seok) berjaya. Scr tetiba sampai berita bhw pihak KU mulai menyerang KS & pihak KS memerlukan lebih ramai tentera bg menentang KU. Dlm kead. kelam-kabut di station keretapi, si adik dikerah mengikut pihak tentera & si abng yg cuba menyelamatkan adiknya turut terperangkap dlm kemelut ini. Mrk berdua menjadi tentera scr terpaksa. Si abg berikhtira utk mengeluarkan adiknya dr kerahan ini dgn melakukan pelbagai usaha yg sgt tdk disenangi oleh adiknya. Ini termasuklah si abng menawaran diri utk menjadi barisan hadapan menentang KU & membunuh musuh tanpa belas kasihan & termasuk rakan baiknya seblm ini. Ini menimbulkan perasan tdk senang si adik dgn perubahan abgnya itu tanpa menyedari bhw semua dilakukan oleh si abg bg memastikan adiknya terlepas dr kerahan ini. Bila adiknya mengetahui hal sebenar, kead. sudah terlambat krn si adik semakin tdk menyukai abgnya. Apabila mrk mendpt peluang pulang ke kg, kead menjadi semakin teruk. Kead kelam kabut menyebabkan kekasih si abg terbunuh manakala si abg pula menyangka adiknya turut terbunuh dlm kebakaran ketika itu akibat tindakan tentera sulit KS. Si abg yg kecewa dgn semua ini nekad utk membalas dendam kpd tentera KS lalu berpaling tadah ke KU. Hakikatnya si abg tdk ketahui bhw adiknya terselamat. Pihak KS tdk senang dgn paling-tadahan tersebut & meminta kepastian dr si adik. Si adik merasakan abgnya berpaling tadah krn menyangka beliau tlh mati lalu berusaha utk bertemu dgn abgnya. Saat genting dlm peperangan dgn pasukan tentera merah KU yg diketuai oleh abg beliau sendiri...detik ini sgt mengharukan...si adik berusaha meyakinkan abgnya bhw dia masih hidup...tp kead genting menyebabkan si abg yg pd akhirnya mempercayai adiknya itu di depan mata meminta si adik menyelamatkan diri terlebih dahulu. Namun hakikatnya, dlm peperangan yg genting ini si abg mati tanpa pengetahuan si adik. Beliau menuggu hampir 50 tahun berita abgnya...tp semua terjwb dgn penemuan identiti abgnya ketika proses cari-gali selepas 50 tahun. Sedih sedih sedih... imdb=8.1(19Feb2007)
No comments:
Post a Comment