20 Feb 2007

Raise the Red Lantern


Satu lagi penghasilan filem oleh Zhang Yimao berjudul Da hong deng long gao gao gua (Raise the Red Lantern). Kisah berkisar mengenai seorg gadis kampung, Songlian, yg bersetuju utk mengahwini seorg lelaki kaya (The Master) yg telah pun mempunyai 3 org isteri. Amalan di rumah The Master pada waktu malam adalah The Master akan memilih untuk berada atau tidur dgn salah seorg isteri-isterinya dgn cara menghantar tanglung merah ke rumah isteri yg terpilih. Bg yg terpilih mrk akan gembira. Isteri pertama, Yuru, yg jarang terpilih tdklah terlalu mengambil kisah akan hal ini. isteri ke-2, Zhuoyan, sgt cemburu jika dia tdk terpilih & sentiasa mempunyai agenda tersendiri utk memikat The Master bg memilih beliau sbg teman di waktu mlm. Isteri ke-3, Meishan, yg masih muda, ditonjolkan sbg seorg yg sentiasa menimbulkan masalah pd waktu mlm sekiranya The Masters tdk memilih beliau sbg teman. Dlm pada itu, pembantu rumah The Master juga mempunyai hubungan sulit dgn The Master & beliau sgt sakit hati apabila Songlian selaku isteri ke-4 hadir sbg penghuni di rumah The Master. Di sebalik semua agenda tersembunyi masing-masing dlm memikat The Master, rumah The Master juga tersembunyi sejarah tragis bg isteri-isteri terdahulu yg menghantui setiap penghuni rumah ini.

Suatu ketika, Meishan terpaksa menceritakan hal sebenar kpd Songlian bhw dia tdklah cemburu kpd Songlian krn dia mempunyai buah hati lain di luar rumah The Master, iaitu doktor peribadi The Master, Dr. Gao. Meishan mengingatkan kpd Songlian spy berhati-hati dgn sikap baik yg ditunjukkan oleh Zhuoyan krn itu semua adalah tipu-helah yg bakal menjadi tragedi kpd Songlian sbgmana yg terjadi kpd isteri-isteri The Master yg terdahulu yg dihukum terkurung sampai mati di satu sudut tersembunyi di rumah tersebut-di mana hampir setiap mlm Songlian terdengar suara tangisan yg hiba.

Tanpa diduga, Songlian terkejut apabila mendapati pembantu rumah turut mempunyai tanglung merah yg sewajarnya hanya utk isteri-isteri The Master shj. Walau bagaimanapun Songlian mensyaki bhw pembantu rumah tersebut diarahkan oleh 'seseorg' utk menyimpan tanglung merah itu, namun krn pembantu rumah tdk mahu mendedahkan hal sebenar, & sebaliknya mengaku mencintai & mempunyai hubungan sulit dgn The Master, maka Songlian terpaksa meminta Yuru bertindak selaku ketua rumah krn The Master tiada pd ketika itu. Pembantu rumah dihukum utk tdk berganjak dr tmpt dia diadili (dlm kead musim sejuk) sehingga dia mati.

Pd masa yg sama juga, bg menarik minat The Master utk terus bersamanya, Songlian menipu bhw dia mengandungkan anak The Master. The Master telah mengarahkan Zhuoyan menjaga Songlian. Tanpa disedari ketika Songlian dlm kead. yg tdk stabil, telah menceritakan kpd Zhuoyan bhw dia tdk mengandung & turut dikisahkan percintaan tersembunyi Meishan dgn Dr. Gao kpd Zhuoyan. Zhuoyan melaporkan hal ini kpd The Master menyebabkan tanglung merah bg rumah Songlian tdk lg muncul-bermakna The Master tdk akan bersama Songlian. Pd masa yg sama, Zhuoyan menunggu peluang utk bertindak menangkap Meishan & Dr. Gao sbg bukti kedurjanaan mrk kpd The Master, & akhirnya peluang itu tiba. Meishan menyalahkan Songlian krn menyebarkan kisah percintaannya dgn dr. Gao. Songlian yg tdk tahu bagaimana percintaan tersembunyi itu boleh tersebar, rasa amat bersalah & menjadi tdk menentu apabila Meishan dibawa ke rumah hukuman utk dikurung. Ini menjadikan Songlian takut krn dia tahu pasti sesiapa sahaja yg dikurung dlm rumah hukuman itu akan mati. Perasaan bersalah & ketakutan yg amat sgt telah menjadikan kehidupan Songlian tdk menentu & akhirnya menjadi gila. Tanglung merah tdk lagi menyala di rumah Songlian buat selama-lamanya.

Aku menghayati cerita ini dgn mengambil kira amalan masyarakat Cina di zmn terdahulu yg sgt unik. Kepatuhan kpd suami, kuasa yg ada pd suami & isteri-isteri yg lebih tua, ritual dlm sesebuah keluarga besar, hukuman yg boleh dijatuhkan sendiri oleh ketua keluarga, & adab tinggal serumah serta hierarki dlm rumah yg unik. Tontonlah filem ini jika anda seorg yg minat dgn tradisi masy Cina di zmn lampau. imdb=7.8(20Feb2007) Aku titipkan clip sedutan dr cerita tersebut











No comments: