14 Jun 2009

Midsomer Murders

Sejak akhir-akhir ini aku sentiasa di kerusi ruang tamu enghadapi pelbagai program TV. Program yang sememangnya menjadi kegemaran aku adalah seperti The Amazing Race, Oprah, Intan, CSI dan Inikah Cinta....

Namun terkini aku makin 'terpaku' pula dengan satu program TV penyiasatan (crime drama) dari Hallmark Channel di ASTRO yang dikenali sebagai Midsomer Murders. Ada sebab aku menyatakan demikian... Berlatar belakangkan persekitaran di England, aku terasa rindu akan pelbagai kenangan ketika menuntut di sana. Melihat rumah2 beratap jerami, narrow lane yg harus ditempuh utk ke sesebuah rumah dlm kws ladang (aku pernah menikmati perjlnan sebegini selama hampir 6 bulan ketika melaksanakan field work di Devon & Somerset), loghat Inggeris yg pekat, budaya mesra ketika conversation such as 'lovely', 'pardon me', 'its nice', 'you're brilliant', etc. yg penuh dgn pujian, kehijauan ladang yg meluas, tuan-tuan tanah yg 'kotor' ttp teramat kaya, dan bermcm lagi perkara menjadikan aku terpikat dgn program ini.



Drama ini juga berbeza dgn CSI. CSI banyak memaparkan kecanggihan sains dan teknologi sbg alat dlm membantu sesuatu kes penyiasatan. Tp Midsomer Murders tdk sedemikian. Drama ini lebih bnyk memaparkan kaedah penyiasatan konvensional yg melibatkan perbualan atau interview. Di sini lah akan terpancar loghat Inggeris yg pekat itu.



Insp. Barnaby dgn dibantu oleh Jones adalah watak utama yg menghidupkan drama ini. Kedua-duanya dipaparkan sgt bersahaja dlm siri penyiasatan mrk ttp tegas dlm membuat keputusan, bijak berteori dan cekap dalam memerangkap suspek.



Berlatar belakangkan England dan orang-orang Inggeris, sudah pasti panoramanya kelihatan sgt konservatif ttp bagi aku ia sangat menarik dan lebih aman berbanding dgn drama peyiasatan dr Hollywood. Yg pasti Inspektor Barnaby dan Jones berjaya membuat aku 'terlekat' dgn watak mrk dlm Midsomer Murders...

2 comments:

ariwati said...

aku minat gak drama ni.

Anonymous said...

ko nie rindu kat british nama Des ke

hehehehehehhe


regards,
hang tuah