23 Oct 2009

The Islamist



Buku The Islamist: Why I Joined Radical Islam in Britain, What I Saw Inside and Why I Left tulisan Ed Husain memberi aku banyak pengetahuan baru mengenai pergerakan ekstrimis-radikal pertubuhan Islam di Britain. Aku mengambil masa lebih 2 bulan untuk menghabiskan pembacaan buku ini. Terlalu banyak pertubuhan Islam di Britain tetapi tiada penyatuan ummah yang berlaku kerana setiap satu pertubuhan tersebut mempunyai agenda tersendiri. Nyata, agenda tersendiri itu merbahaya dan mampu merosakkan kesucian agama Islam apabila Islam dipolitik dan ditafsir mengikut mentaliti asal-usul dan sejarah ketua setiap pertubuhan.



Melalui buku ini, aku baru mengenali secara asas nama-nama besar pertubuhan Islam di Britain dan pertubuhan Islam di luar Britain yang mempunyai pengaruh besar ke atas kelompok remaja di Britain sehingga melahirkan remaja ekstrim, antaranya adalah Ikhwanul Muslimin, Jamaatul Islami, Young Muslim Organization (YMO), Jamia Ihyaa Minhaaj al-Sunnah (JIMAS), dan mungkin yang paling radikal adalah Hizbut Tahrir. Yang pasti, penulis mengoragnisasikan penceritaan dlm buku ini mengenai pengalaman beliau sebagai remaja Asia-Bangladesh berwarganegara British yang terpengaruh dengan gerakan radikal pertubuhan Islam di Britain tetapi pada masa yang sama mencari jalan penyelesaian terhadap kehidupannya setelah menyedari terlalu banyak ideologi pertubuhan Islam Britain menyimpang daripada asas dan tuntutan agama Islam. Ini termasuklah idea penubuhan Negara Islam, jihad, isu Bosnia-Palestine, Iraq, kuffar dan kesucian Islam yang sebenar.



Perkenalan beliau dengan Faye, secara beransur-ansur memisahkan penulis dengan gerakan radikal Islam sehingga beliau dicemuh oleh bekas rakan seperjuangan dan digelar bacul. Tetapi penulis mengucapkan 'Selamat Tinggal Fanatik' demi mencari erti Islam yang sebenar. Ini membawa penulis keluar daripada Britain jauh ke Dunia Arab.



Penulis terbang jauh keluar dr Britain ke Syria dan Saudi Arabia dan bertugas di British Council di kedua-dua negara. Menimba pengalaman di negara Arab ini, penulis menjadi lebih bingung dengan perjuangan pertubuhan Islam di Britain yang juga mempunyai jaringan antarabangsa yang kuat dengan pertubuhan Islam di kedua-dua buah negara. Fahaman Wahabi, sptmana yng dipersepsikan oleh penulis, sebagai satu fahaman ekstrimis yang melahirkan Osama bin Laden sehingga menggoncang dunia melalui serangan berani mati atas nama mempertahan dan memperjuangkan maruah Islam tetapi pada masa yang sama telah menyebabkan kontradiksi antara tuntutan Islam sebenar mengenai JIHAD-pada pandangan penulis.



Penulis juga menilai tingkahlaku orang Arab sebagai ...masih jahilliyah.. menyusunatur kehidupan mereka berdasarkan keturunan, ras, warna kulit, kekuasaan dan kekayaan. bagi penulis, Islam sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw tidak wujud di tanah kelahiran Islam tetapi Islam Wahabi mendominasi Saudi Arabia. Hakikatnya, penulis lebih selesa dengan Islam di Syria-Damsyik yang berorientasikan tradisi Sufi. Penulis menjadi 'dekat' dgn Imam Hanson kerana menurut penulis, pandangan Imam Hanson mengenai Islam tradisi dan Islam semasa lebih berpijak di dunia sebenar.



Terlalu banyak yang boleh dipelajari drp buku ini dalam memahami gerakan radikal dan fanatik pertubuhan Islam di Britain khususnya, dan di dunia amnya. Pd pendapat aku, umat Islam harus berhati-hati bukan hanya terhadap gerakan radikal Yahudi tetapi juga gerakan ekstrimis pertubuhan Islam yang menggunakan jihad sebagai batu loncatan untuk merekrut remaja terjebak dalam Islam Radikal.



Aku sangat berpuas hati dengan buku ini. Congratulation to the author.


2 comments:

Anonymous said...

sorry lambat wish. happy birthday 10/11 hari tu. jom keluar makan.

dz

TAR said...

dz-thanks. aku bz la... ni pon baru balik dr sabah. takpe la... ko dah wish tu pon ok.