Peace from Broken Pieces: How to Get Through What You're Going Through by Iyanla Vanzant. Aku beli buku ni lepas tgk rancangan Oprah kat Astro 702. Sesi dialog Oprah dgn penulis buku ni (Iyanla Vanzant) dlm situasi yg agak tegang amat menarik kerana ada sejarah hitam antara mereka berdua dan kehadiran buku ini bagaikan cuba mengungkai segala persoalan yg dihadapi oleh penulis selepas beliau terjerumus dlm situasi bankrap apabila Oprah mengambilalih rancangan The Oprah Show. Namun adakah situasi kebankrapan beliau akibat drp pengambilahan itu sahaja? Bagaimana beliau yg menjadi jutawan secara tiba-tiba boleh bankrap hanya kerana tidak lagi mengendalikan The Oprah Show? Apa yg beliau alami selama tempoh muflis tersebut? Bagaimana beliau cuba bangkit semula dan membina serta mengukuhkan jati diri beliau untuk menghadapi realiti kehidupan serta memperbaiki hubungan dgn warga media The Oprah Show serta dgn Oprah sendiri? Sebahagiannya telah terjawab dlm sesi dialog beliau dgn Oprah tetapi perincian lain seperti kematian anak perempuan beliau, kehidupan beliau sebelum terkenal, penglibatan beliau dlm sesi terapi keagamaan dll. termaktub dlm buku ini, dan pastinya menarik utk dimengertikan. Selamat menjadi ahli kepada Kelab Buku Oprah.31 Jul 2011
Peace from Broken Pieces: How to Get Through What You're Going Through by Iyanla Vanzant. Aku beli buku ni lepas tgk rancangan Oprah kat Astro 702. Sesi dialog Oprah dgn penulis buku ni (Iyanla Vanzant) dlm situasi yg agak tegang amat menarik kerana ada sejarah hitam antara mereka berdua dan kehadiran buku ini bagaikan cuba mengungkai segala persoalan yg dihadapi oleh penulis selepas beliau terjerumus dlm situasi bankrap apabila Oprah mengambilalih rancangan The Oprah Show. Namun adakah situasi kebankrapan beliau akibat drp pengambilahan itu sahaja? Bagaimana beliau yg menjadi jutawan secara tiba-tiba boleh bankrap hanya kerana tidak lagi mengendalikan The Oprah Show? Apa yg beliau alami selama tempoh muflis tersebut? Bagaimana beliau cuba bangkit semula dan membina serta mengukuhkan jati diri beliau untuk menghadapi realiti kehidupan serta memperbaiki hubungan dgn warga media The Oprah Show serta dgn Oprah sendiri? Sebahagiannya telah terjawab dlm sesi dialog beliau dgn Oprah tetapi perincian lain seperti kematian anak perempuan beliau, kehidupan beliau sebelum terkenal, penglibatan beliau dlm sesi terapi keagamaan dll. termaktub dlm buku ini, dan pastinya menarik utk dimengertikan. Selamat menjadi ahli kepada Kelab Buku Oprah.27 Jul 2011
Sabda Laut
Ketika menghadiri Seminar Internsional Serumpun Melayu 2011 (SERUMPUN) di Universitas Hasanuddin (UNHAS), Sulawesi Selatan, Indonesia, aku terpandang sebuah novel yang mempunyai tajuk yang unik ini- SABDA LAUT yg ditulis oleh penulis tempatan, Dul Abdul Rahman. Ku baca sinopsis ceritanya lantas ku beli-kisah kehidupan remaja tempatan dalam persekitaran hidup komuniti nelayan. Pasti menarik.
at
19:33
0
comments
Labels: Buku
23 Oct 2009
The Islamist
Melalui buku ini, aku baru mengenali secara asas nama-nama besar pertubuhan Islam di Britain dan pertubuhan Islam di luar Britain yang mempunyai pengaruh besar ke atas kelompok remaja di Britain sehingga melahirkan remaja ekstrim, antaranya adalah Ikhwanul Muslimin, Jamaatul Islami, Young Muslim Organization (YMO), Jamia Ihyaa Minhaaj al-Sunnah (JIMAS), dan mungkin yang paling radikal adalah Hizbut Tahrir. Yang pasti, penulis mengoragnisasikan penceritaan dlm buku ini mengenai pengalaman beliau sebagai remaja Asia-Bangladesh berwarganegara British yang terpengaruh dengan gerakan radikal pertubuhan Islam di Britain tetapi pada masa yang sama mencari jalan penyelesaian terhadap kehidupannya setelah menyedari terlalu banyak ideologi pertubuhan Islam Britain menyimpang daripada asas dan tuntutan agama Islam. Ini termasuklah idea penubuhan Negara Islam, jihad, isu Bosnia-Palestine, Iraq, kuffar dan kesucian Islam yang sebenar.
Perkenalan beliau dengan Faye, secara beransur-ansur memisahkan penulis dengan gerakan radikal Islam sehingga beliau dicemuh oleh bekas rakan seperjuangan dan digelar bacul. Tetapi penulis mengucapkan 'Selamat Tinggal Fanatik' demi mencari erti Islam yang sebenar. Ini membawa penulis keluar daripada Britain jauh ke Dunia Arab.
Penulis terbang jauh keluar dr Britain ke Syria dan Saudi Arabia dan bertugas di British Council di kedua-dua negara. Menimba pengalaman di negara Arab ini, penulis menjadi lebih bingung dengan perjuangan pertubuhan Islam di Britain yang juga mempunyai jaringan antarabangsa yang kuat dengan pertubuhan Islam di kedua-dua buah negara. Fahaman Wahabi, sptmana yng dipersepsikan oleh penulis, sebagai satu fahaman ekstrimis yang melahirkan Osama bin Laden sehingga menggoncang dunia melalui serangan berani mati atas nama mempertahan dan memperjuangkan maruah Islam tetapi pada masa yang sama telah menyebabkan kontradiksi antara tuntutan Islam sebenar mengenai JIHAD-pada pandangan penulis.
Penulis juga menilai tingkahlaku orang Arab sebagai ...masih jahilliyah.. menyusunatur kehidupan mereka berdasarkan keturunan, ras, warna kulit, kekuasaan dan kekayaan. bagi penulis, Islam sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw tidak wujud di tanah kelahiran Islam tetapi Islam Wahabi mendominasi Saudi Arabia. Hakikatnya, penulis lebih selesa dengan Islam di Syria-Damsyik yang berorientasikan tradisi Sufi. Penulis menjadi 'dekat' dgn Imam Hanson kerana menurut penulis, pandangan Imam Hanson mengenai Islam tradisi dan Islam semasa lebih berpijak di dunia sebenar.
Terlalu banyak yang boleh dipelajari drp buku ini dalam memahami gerakan radikal dan fanatik pertubuhan Islam di Britain khususnya, dan di dunia amnya. Pd pendapat aku, umat Islam harus berhati-hati bukan hanya terhadap gerakan radikal Yahudi tetapi juga gerakan ekstrimis pertubuhan Islam yang menggunakan jihad sebagai batu loncatan untuk merekrut remaja terjebak dalam Islam Radikal.
Aku sangat berpuas hati dengan buku ini. Congratulation to the author.
at
23:47
2
comments
Labels: Buku
14 Jun 2009
Midsomer Murders
Sejak akhir-akhir ini aku sentiasa di kerusi ruang tamu enghadapi pelbagai program TV. Program yang sememangnya menjadi kegemaran aku adalah seperti The Amazing Race, Oprah, Intan, CSI dan Inikah Cinta....Namun terkini aku makin 'terpaku' pula dengan satu program TV penyiasatan (crime drama) dari Hallmark Channel di ASTRO yang dikenali sebagai Midsomer Murders. Ada sebab aku menyatakan demikian... Berlatar belakangkan persekitaran di England, aku terasa rindu akan pelbagai kenangan ketika menuntut di sana. Melihat rumah2 beratap jerami, narrow lane yg harus ditempuh utk ke sesebuah rumah dlm kws ladang (aku pernah menikmati perjlnan sebegini selama hampir 6 bulan ketika melaksanakan field work di Devon & Somerset), loghat Inggeris yg pekat, budaya mesra ketika conversation such as 'lovely', 'pardon me', 'its nice', 'you're brilliant', etc. yg penuh dgn pujian, kehijauan ladang yg meluas, tuan-tuan tanah yg 'kotor' ttp teramat kaya, dan bermcm lagi perkara menjadikan aku terpikat dgn program ini.
Drama ini juga berbeza dgn CSI. CSI banyak memaparkan kecanggihan sains dan teknologi sbg alat dlm membantu sesuatu kes penyiasatan. Tp Midsomer Murders tdk sedemikian. Drama ini lebih bnyk memaparkan kaedah penyiasatan konvensional yg melibatkan perbualan atau interview. Di sini lah akan terpancar loghat Inggeris yg pekat itu.
Berlatar belakangkan England dan orang-orang Inggeris, sudah pasti panoramanya kelihatan sgt konservatif ttp bagi aku ia sangat menarik dan lebih aman berbanding dgn drama peyiasatan dr Hollywood. Yg pasti Inspektor Barnaby dan Jones berjaya membuat aku 'terlekat' dgn watak mrk dlm Midsomer Murders...
at
22:19
2
comments
Labels: TV series
9 Jun 2009
The Gurkhas
Aku sebenarnya dah lama beli buku The Gurkhas: The Inside Story of the World's Most Feared Soldiers ni, masa kat Exeter dulu lagi. Tp baru-baru ni la aku membacanya. Tergerak aku membeli buku ni dulu adalah apabila aku baca kat BBC bhw orang-orang Gurka (Nepalis) diberi penghormatan oleh kerajaan British atas "khidmat-setia" mrk kpd ketuanan British. So, tertanya-tanya gak aku, apa specialnya mereka ini sedangkan mrk orang luar.Drp pembacaan aku, baru aku paham. Sampai begitu tinggi sekali orang-orang Gurkha ini 'menghargai' kerajaan British sehingga sanggup bergadai nyawa mempertahankan kuasa British di seluruh dunia, bukan sekadar di masa lampau, termasuk di Tanah Melayu malah dlm masa2 terdekat juga. Antara paling akhir sekali adalah khidmat mereka dalam mempertahankan Kepulauan Falklands berhampiran Argentina.
Kalo ikut perkisahan dlm buku ini, remaja Gurkha sanggup membunuh diri jika tidak terpilih untuk menyertai tentera British. Latihan yg mereka ikuti di dlm hutan sangat teruja sehingga menjadikan mereka seorang yg tersangat berani, sanggup membunuh demi mepertahankan kerajaan dan kuasa British-kerana ia melibatkan maruah keluarga dan diri--kononnya la. Satu identiti Gurkha yg paling ketara adalah kukri, pisau belati yg menjadi lambang keberanian orang Gurkha-pembunuh?
Keterlibatan tentera Gurkha dlm membantu British mengekalkan kuasanya amat meluas sekali. Kebanyakannya terlibat dlm peperangan di benua Asia dan Afrika, malah di selatan benua Eropah juga. Meneliti semua ini, aku tertanya-tanya... jika begitu bukankah kemenangan British dlm semua peperangan yg dilaluinya terhasil drp khidmat cemerlang tentera Gurkha yg sentiasa menjadi benteng pertama sebelum diikuti jentera perang moden? Malah mengikut buku ini, tentera British biasanya hanyalah menjadi 'second soldier' dlm kebanyakan peperangan. Dgn kata lain, tentera Gurkhalah yg mendahului segalanya.
Kalau begitu, Gurkha's lah yg patut disanjung, bukannya tentera British? Malah kemenangan British di koloni-koloninya, dahulu mahupun sekarang, bukanlah kemenangan mutlak tentera British sebaliknya menumpang atas kehebatan tentera Gurkha-bukankah begitu? Hem, what a shame!
Sesiapa yg berminat dgn kehebatan tentera Gurkha ni eloklah baca buku ni tp amat panjang dan mungkin perlukan masa yg agak lama juga nak abiskan. Tp aku tak rasa rugi baca buku ni. Menarik...
at
00:43
1 comments
Labels: Buku


