Peace from Broken Pieces: How to Get Through What You're Going Through by
Iyanla Vanzant. Aku beli buku ni lepas tgk rancangan Oprah kat Astro 702. Sesi dialog Oprah dgn penulis buku ni (Iyanla Vanzant) dlm situasi yg agak tegang amat menarik kerana ada sejarah hitam antara mereka berdua dan kehadiran buku ini bagaikan cuba mengungkai segala persoalan yg dihadapi oleh penulis selepas beliau terjerumus dlm situasi bankrap apabila Oprah mengambilalih rancangan The Oprah Show. Namun adakah situasi kebankrapan beliau akibat drp pengambilahan itu sahaja? Bagaimana beliau yg menjadi jutawan secara tiba-tiba boleh bankrap hanya kerana tidak lagi mengendalikan The Oprah Show? Apa yg beliau alami selama tempoh muflis tersebut? Bagaimana beliau cuba bangkit semula dan membina serta mengukuhkan jati diri beliau untuk menghadapi realiti kehidupan serta memperbaiki hubungan dgn warga media The Oprah Show serta dgn Oprah sendiri? Sebahagiannya telah terjawab dlm sesi dialog beliau dgn Oprah tetapi perincian lain seperti kematian anak perempuan beliau, kehidupan beliau sebelum terkenal, penglibatan beliau dlm sesi terapi keagamaan dll. termaktub dlm buku ini, dan pastinya menarik utk dimengertikan. Selamat menjadi ahli kepada Kelab Buku Oprah.
No comments:
Post a Comment