31 Jul 2011

Peace from Broken Pieces: How to Get Through What You're Going Through by Iyanla Vanzant. Aku beli buku ni lepas tgk rancangan Oprah kat Astro 702. Sesi dialog Oprah dgn penulis buku ni (Iyanla Vanzant) dlm situasi yg agak tegang amat menarik kerana ada sejarah hitam antara mereka berdua dan kehadiran buku ini bagaikan cuba mengungkai segala persoalan yg dihadapi oleh penulis selepas beliau terjerumus dlm situasi bankrap apabila Oprah mengambilalih rancangan The Oprah Show. Namun adakah situasi kebankrapan beliau akibat drp pengambilahan itu sahaja? Bagaimana beliau yg menjadi jutawan secara tiba-tiba boleh bankrap hanya kerana tidak lagi mengendalikan The Oprah Show? Apa yg beliau alami selama tempoh muflis tersebut? Bagaimana beliau cuba bangkit semula dan membina serta mengukuhkan jati diri beliau untuk menghadapi realiti kehidupan serta memperbaiki hubungan dgn warga media The Oprah Show serta dgn Oprah sendiri? Sebahagiannya telah terjawab dlm sesi dialog beliau dgn Oprah tetapi perincian lain seperti kematian anak perempuan beliau, kehidupan beliau sebelum terkenal, penglibatan beliau dlm sesi terapi keagamaan dll. termaktub dlm buku ini, dan pastinya menarik utk dimengertikan. Selamat menjadi ahli kepada Kelab Buku Oprah.

27 Jul 2011

Sabda Laut

Ketika menghadiri Seminar Internsional Serumpun Melayu 2011 (SERUMPUN) di Universitas Hasanuddin (UNHAS), Sulawesi Selatan, Indonesia, aku terpandang sebuah novel yang mempunyai tajuk yang unik ini- SABDA LAUT yg ditulis oleh penulis tempatan, Dul Abdul Rahman. Ku baca sinopsis ceritanya lantas ku beli-kisah kehidupan remaja tempatan dalam persekitaran hidup komuniti nelayan. Pasti menarik.

Kisah berkisar mengenai dua remaja-anak nelayan-Samad dan Sapri dalam persekitaran hidup di sebuah perkampungan nelayan yang daif tetapi kehidupan berlangsung dengan seadanya. Masing-masing bersaing secara sihat untuk mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran, di samping kerenah kehidupan mereka sebagai remaja lelaki yg pastinya banyak kenakalan dan agenda tersendiri.

Penceritaan novel ini seolah-olah membawa aku ke dalam kehidupan keluarga nelayan di Sulawesi Selatan-bernada bahasa Bugis, Makassar dan Indonesia, serta persekitaran kampung nelayan yg masih mempercayai sesuatu yg mistik. Novel ini tidak berkisar tentang kehidupan nelayan di laut tetapi menumpu pada anak-anak nelayan dalam mencapai kejayaan dalam kehidupan masa hadapan mereka. Penulisan jalan cerita yg biasa memudahkan pemahaman terhadap gambaran sebenar yg ingin disampaikan oleh penulis kepada pembaca.

Yg pasti novel ini menarik untuk dibaca dalam memahami secara sepintas lalu kehidupan sebahagian kelompok masyarakat di Indonesia, khususnya masyarakat nelayan di Sulawesi Selatan sebagaimana dikisahkan dalam novel ini.