1 Jun 2009

My Story



My Story oleh Lim Goh Tong amat menarik untuk diterokai isi kandungannya. Kisah pahit maung beliau bermula di Angxi, China, merantau ke Tanah Melayu mencuba nasib membaiki diri demi meneruskan kehidupan. Terlalu banyak cabaran yang dihadapi beliau dalam bidang perniagaan yang diceburi tetapi beliau juga cekap berhadapan dan menanganinya. Menariknya membaca tulisan ini adalah kerana ia ditulis dalam bahasa yang mudah difahami tanpa campur tangan pentafsiran yang terlalu menjangkau minda.




Bermula dengan seorang yang pemalu akhirnya menjadi peramah, tabah, berjuang sehingga mendapat apa yang dikehendaki dan keras hati dalam urusan harian beliau. Dari 2 dolar menjadi billionaire dan dari buruh kasar menjadi tycoon, jelas beliau seorang yang hebat. Beliau menguruskan dirinya serta ahli keluarga mengikut tradisi Cina, sangat percaya kepada rahmat leluhur dan sering membantu orang lain kerana percaya bahawa pemberian ikhlas akan mendatangkan rezki yang lebih baik di masa hadapan.




Terlalu banyak bidang perniagaan yang diceburinya. Walaupun beliau tidak mahir berbahasa Inggeris tetapi beliau tetap berjaya. Beliau menempa kejayaan melalui banyak persepsi negatif terhadap kesanggupan dalam melibatkan diri dalam bidang perniagaan yang dianggap berisiko tinggi untuk gagal. Namun buktinya, beliau berjaya dalam projek-projek mega yang turut dinikmati oleh rakyat Malaysia dan antarabangsa.


Tidak rugi membaca kisah beliau. Aku membaca buku ini ketika menunggu kereta aku di-servis kat Global Amity-Sri Kembangan. Punyalah lama menunggu sampai dapat aku habiskan bacaan aku.




1 comment:

Anonymous said...

Memang LGT ni tokoh yang besar impaknya dalam pembangunan negara kita. Banyak sumbangan dia kepada Malaysia. Bawa aku pergi genting bleh... he he