9 Jun 2009

The Gurkhas

Aku sebenarnya dah lama beli buku The Gurkhas: The Inside Story of the World's Most Feared Soldiers ni, masa kat Exeter dulu lagi. Tp baru-baru ni la aku membacanya. Tergerak aku membeli buku ni dulu adalah apabila aku baca kat BBC bhw orang-orang Gurka (Nepalis) diberi penghormatan oleh kerajaan British atas "khidmat-setia" mrk kpd ketuanan British. So, tertanya-tanya gak aku, apa specialnya mereka ini sedangkan mrk orang luar.



Drp pembacaan aku, baru aku paham. Sampai begitu tinggi sekali orang-orang Gurkha ini 'menghargai' kerajaan British sehingga sanggup bergadai nyawa mempertahankan kuasa British di seluruh dunia, bukan sekadar di masa lampau, termasuk di Tanah Melayu malah dlm masa2 terdekat juga. Antara paling akhir sekali adalah khidmat mereka dalam mempertahankan Kepulauan Falklands berhampiran Argentina.



Kalo ikut perkisahan dlm buku ini, remaja Gurkha sanggup membunuh diri jika tidak terpilih untuk menyertai tentera British. Latihan yg mereka ikuti di dlm hutan sangat teruja sehingga menjadikan mereka seorang yg tersangat berani, sanggup membunuh demi mepertahankan kerajaan dan kuasa British-kerana ia melibatkan maruah keluarga dan diri--kononnya la. Satu identiti Gurkha yg paling ketara adalah
kukri, pisau belati yg menjadi lambang keberanian orang Gurkha-pembunuh?



Keterlibatan tentera Gurkha dlm membantu British mengekalkan kuasanya amat meluas sekali. Kebanyakannya terlibat dlm peperangan di benua Asia dan Afrika, malah di selatan benua Eropah juga. Meneliti semua ini, aku tertanya-tanya... jika begitu bukankah kemenangan British dlm semua peperangan yg dilaluinya terhasil drp khidmat cemerlang tentera Gurkha yg sentiasa menjadi benteng pertama sebelum diikuti jentera perang moden? Malah mengikut buku ini, tentera British biasanya hanyalah menjadi 'second soldier' dlm kebanyakan peperangan. Dgn kata lain, tentera Gurkhalah yg mendahului segalanya.



Kalau begitu, Gurkha's lah yg patut disanjung, bukannya tentera British? Malah kemenangan British di koloni-koloninya, dahulu mahupun sekarang, bukanlah kemenangan mutlak tentera British sebaliknya menumpang atas kehebatan tentera Gurkha-bukankah begitu? Hem, what a shame!



Sesiapa yg berminat dgn kehebatan tentera Gurkha ni eloklah baca buku ni tp amat panjang dan mungkin perlukan masa yg agak lama juga nak abiskan. Tp aku tak rasa rugi baca buku ni. Menarik...



1 comment:

Anonymous said...

Helo bro, sungguh-sungguh awak ni membaca. Yang saya tahu orang gurka tu kulit mereka sama macam orang melayu jugak kan?