Saya Pun Melayu
Saya Pun Melayu tulisan Zaid Ibrahim, bagi aku memberi suatu gambaran lain mengenai kerajaan dan kepimpinan UMNO khususnya, dan BN amnya. Dengan mengambil kira penulisan beliau adalah ikhlas-berdasarkan pengalaman beliau selama terlibat dalam pentadbiran kerajaan dan politik, maka eloklah difahami hujah-hujah yang dikemukakan oleh beliau itu. Tapi setiap individu mempunyai hak untuk menilai segala kandungan yang tertulis dalam buku beliau.
Namun ada sedikit kecelaruan yang bermain di benak fikiran ku. Ini terkait dengan sokongan kepada Orang Melayu dan Islam. Dalam Milenia keluaran Mei 2009, halaman 68, Mufti Negeri Perak (Dato Seri Harussani Zakaria) ada menyatakan "...mengasihi orang kafir itu haram. Kita boleh berbaik dengan orang kafir tapi tidak boleh berkasih sayang dengan orang kafir." Zaid dalam tulisan beliau, aku andaikan menjurus kepada keadilan yang sewajarnya kepada semua kaum dan agama di Malaysia, sebagaimana yang diperjuangkan oleh BN daripada segi ideologinya, namun kenyataan mufti sepertinya bercanggah pula dengan semangat BN (tidak perlu mengasihi orang kafir). Apakah memang dituntut dalam Islam bahawa Orang Islam mesti berbaik dan mengasihi Orang Islam sahaja walaupun Orang Islam itu buruk akhlak, sedangkan Orang Bukan Islam yang berakhlak baik tetap harus diketepikan? Tak faham aku...

Perhatian: Ini bukan hujah politik-jangan pula ada yang ambil kesempatan bermain politik kotor kat sini. Setiap individu berhak berfikir dan mengikut haluan sendiri... selagi tidak bercanggah dengan peraturan dan undang-undang.
3 comments:
Aku tak minat hal politik tapi aku ada baca buku ni masa lepak kat rumah member. Aku rasa orang umno memnag tak boleh harap la.
hurm....
ada beza mksd ke mengasihi dgn berkasih syg..?
sukar jugak nak bezakan tp mgkln mengasihi itu suatu perasaan caring terhdp sesuatu yg kita suka manakala berkasih syg mgkn lebih kpd perasaan yg melebihi perasaan suka spt melibatkan perasaan cinta... mungkin begitu lah
Post a Comment